Takziah diucapkan buat pelakon cantik manis, Emma Maembong yang dilaporkan menjadi mangsa penyeluk saku di sebuah pusat membeli belah yang terletak ibu negara, baru-baru ini.
Menerusi laporan sebuah akhbar, akibat insiden yang berlaku pada 10 malam itu, Emma telah mengalami kerugian sebanyak RM5,000.
Menurut Emma, ketika sedang sibuk membeli belah, bahunya telah dilanggar oleh seorang lelaki yang kemudiannya terus meluru keluar
“Saya tidak dapat mengecamnya kerana kejadian berlaku begitu pantas. Tidak lama kemudian saya dapati beg duit dan telefon bimbit jenis iPhone yang disimpan di dalam poket baju lesap.
“Di dalam beg itu mengandungi wang RM2,000, kad kredit dan MyKad saya,” katanya.
Emma juga berkata, dia kini akan lebih berhati-hati agar kejadian malang yang menimpanya itu tidak akan berulang lagi.
Sumber mynewshub.my