Thursday 5 December 2013

[COOL] Ra Paulette Mengukir Gua Jadi Khazanah Seni

Seorang pengukir arca memiliki satu hobi pelik, beliau gemar menggali gua batu pasir di tempat asalnya New Mexico.
Kemudian, beliau mengukir ruang dalaman gua yang digali kepada sebuah ukiran yang cantik dan artistik.
Lebih menakjubkan, Ra Paulette hanya menggunakan peralatan iaitu sebilah kapak dan kereta sorong.
RaPaulette01
Beliau berusia 67 tahun dan pernah dibuang dari kolej.
Beliau pernah disingkirkan dari Tentera Laut Amerika Syarikar dan hanya menumpang kereta orang lain di seluruh Amerika.
Ra mempelajar seni menggali dan mengukir gua pada tahun 1985 ketika beliau bekerja untuk syarikat Dixon sebagai pemandu jentolak.
Ketika bekerja Ra membantu menggali rumah, perigi dan memberikannya satu impian untuk mengukir sesuatu yang cantik hanya menggunakan tangannya.
RaPaulette02
Beliau mengukir gua pertamanya “Heart Chamber” pada tahun 1987 di atas sebidang tanah awam di Arroyo Seco dan segera ia menjadi tumpuan ramai.
Gua itu kemudiannya dikunjungi oleh terlalu ramai orang sehingga membahayakan kawasan gua. Ra terpaksa menimbusnya semula.
Kini, Ra sedang mengukir sebuah gua yang beliau gelarkan sebagai Magnum Opus yang memakan masa sehingga 10 tahun untuk disiapkan.
Selepas tahun ini sudah memasuki tahun ketiga projek itu, Ra berjanji ia akan menjadi karya terhebat beliau dalam ukiran gua.

Sumber mynewshub.my