Bank Novagalicia diarahkan membayar pampasan sebanyak 4,800 euro selepas ia secara tidak sengaja menjual £4,000 saham kepada seorang bayi berusia empat bulan.
Mahkamah Ponferrada ketika membuaat keputusan berkenaan turut mengisytiharkan bahawa penjualan saham itu terbatal dan tidak sah.
Ini kerana berdasarkan kontrak, sebarang urusan akan terbatal jika salah satu pihak adalah kanak-kanak yang tidak mempunyai maklumat yang diperlukan.
Meskipun penjualan saham itu dibuat atas nama ibu bapa bayi berkenaan, namun nama pemegang saham tersebut adalah bayi tersebut.
Kejadian itu bagaimanapun tidak disedari oleh ibu bapa bayi itu.
Dalam pada itu, bank terbabit ketika membela diri memaklumkan bahawa ia telah mengemukakan dokumen yang mencukupi dalam urus niaga berkenaan.
Namun hakim menyatakan tiada bukti bahawa bayi tersebut memahami mengenai produk kewangan yang dijual itu.
Sumber mynewshub.my