Monday 30 December 2013

[BESARNYA DIA PUNYA] Wanita Bangga Punggung Berdiameter Tujuh Kaki

Bagaimana perasaan anda jika mempunyai ukur lilit punggung sebesar tujuh kaki?
Jika soalan ini ditanya pada Sarah Massey, 33, dari Chicago, dia dengan yakinnya akan menjawab, bangga!
Walaupun mengalami beberapa masalah termasuk kesukaran melalui muka pintu dan sering diejek, postur tubuhnya yang unik itu ternyata berjaya memikat beberapa lelaki yang lebih berusia daripadanya.
Wanita Bangga Punggung Berdiameter Tujuh Kaki
Massey yang mempunyai berat badan berlebihan ini turut menerima bantuan ketidakupayaan sebanyak RM4,069 sebulan.
“Sesetengah orang tidak percaya saya mempunyai punggung sebesar ini. Ia bukan palsu. Berpunggung besar sememangnya ciri genetik keluarga kami.
“Saya tak mahu mempersia-siakan kelebihan yang diberi. Keyakinan yang ada dalam diri saya sudah mampu membuatkan saya gembira. Jika ia dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk berbangga dengan tubuh besar mereka, itu cukup menyeronokkan bagi saya,” ujarnya.
Wanita Bangga Punggung Berdiameter Tujuh Kaki
Bagaimanapun, Massey terpaksa mengeluarkan belanja yang cukup mahal untuk pakaiannya kerana saiz yang cukup besar dan sukar didapati di kedai-kedai biasa.

Sumber mynewshub.my