Friday 20 December 2013

[???] Apa Komen Orang Ramai Bila Rita Rudaini Mintak RM5,392 Sebulan Untuk Nafkah 2 Anaknya…

Apakah tuntutan nafkah perbelanjaan anak-anak yang diminta oleh Rita Rudaini yakni RM5,392 sebulan terlalu tinggi atau wajar…. apa pandangan anda?
Dalam masa sejam dan ketika berita ini ditulis, ada hampir 50 komen diberikan pengguna FB berhubung persoalan itu.
Secara umumnya, hampir 80 peratus beranggapan bahawa bekas suami Rita, Aidil Zafuan perlu memenuhi permintaan berkenaan.
Ramai wanita dijuga agak emosional dengan persoalan itu.
Ini kerana, anak Rita adalah anak Aidil juga, maka menjadi tanggungjawab beliau sebagai bapa menyediakan yang terbaik kepada kedua anak-anaknya itu.
Sebahagian lagi komen terutama dari beberapa pengguna lelaki beranggapan jumlah itu terlalu banyak.
Terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi pandangan masing-masing dalam hal itu. Kita bukan hendak menyibuk tetapi sebahagian besar kita adalah ibu dan bapa… maka kita faham isu yang masih berlanjutan antara kedua pihak itu.
*** Perkahwinan Rita dan Aidil Zafuan yang bermula pada tahun 2008 berakhir pada 5 September lalu apabila mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat Aidil kepada Rita melalui sistem pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lalu.
*** Jumlah tuntutan nafkah yang dipohon Rita masih dibicarakan di mahkamah.
(Klik imej di bawah untuk membesarkannya)
rita 1 alfatehrita 2rita 3rita 4

Sumber mynewshub.my