Wednesday 18 December 2013

[APA!!!!] Hanya Dibenarkan Kahwin Selepas Dapat Sejuta Likes


YEMEN
macam-macam la
Seorang jejaka dari Yemen, Osama terpaksa mengumpulkan sebanyak sejuta likes daripada akaun Facebooknya kerana itu merupakan syarat yang ditetapkan oleh bakal bapa mertuanya jika mahu mengahwini anak perempuannya.
Sejuta Likes itu umpama mas dan wang hantaran yang dikenakan Salim Ayyash terhadap Osama.
Menurut sumber Emirates247.com, selain daripada sejuta likes itu, Osama juga diminta menulis perkataan Like dalam setiap tweet dan statusnya di Facebook selama sebulan.
Salim, personaliti Facebook terkenal di Taizz, Yemen juga mengingatkan bakal menantunya bahawa dia akan memantau akaun laman sosial Osama dan berjanji akan memberikan ‘diskaun’ di akhir bulan sekiranya target tercapai atau sekiranya Osama bersungguh-sungguh dengan syarat yang ditetapkannya itu.
Permintaan Salim itu kedengaran agak janggal kerana kebiasaannya pengantin lelaki Muslim hanya perlu membayar mas kahwin dalam bentuk wang atau pun barang perhiasan.
Dengan zaman penuh teknologi ini, apa-apa sahaja boleh terjadi, mas kahwin pun dah boleh main pakai like-like je di Facebook.

Sumber mynewshub.my