Saturday 30 November 2013

Macam Best Jer Cincin Yang Ada Jam Ni

Cincin jam, ring clock


Nampak macam best jer
Sebentuk cincin kreatif diperbuat dari keluli tahan karat dan lebih menarik ia turut dilengkapi dengan jam yang menunjukkan masa melalui putaran 360 darjah cincin itu.
Cincin dengan imej terbaru ini direka oleh Gusztav Szikszai dan ia boleh menyala di dalam gelap bagi memudahkan pemakainya melihat waktu di dalam suasana gelap.
Kuasa cincin ini datangnya dari bateri tetapi ia menggunakan teknologi Qi iaitu satu teknologi mengecas cincin ini tanpa menggunakan wayar.
Ia boleh memindahkan kuasa elektrik kepada cincin berkenaan dalam jarak sehingga 4 sentimeter.
Ia sesuai dipakai apabila waktu siang dan malam tetapi tidak sesuai untuk dipakai ketika mandi, berenang, menyelam atau apa-apa aktiviti yang banyak menggunakan air.
Kalau ada dijual di Malaysia ini, sudah pasti ia akan menjadi sambutan hangat bagi peminat gajet di negara ini sebab ia nampak bijak dan mewah

Sumber mynewshub.my