Jang Geun Suk
|
Jang Geun Suk |
Ini bukan kali pertama aktor Jang Geun Suk bercakap mengenai kehidupannya sebagai bintang dalam drama Pretty Man yang mempunyai sasaran sendiri dalam bidang lakonan.
Dalam drama itu, Jang Geun Suk memegang watak Dokgo Mate, lelaki yang membuatkan semua wanita ‘cair’. Dokgo Mate bertemu 10 wanita tercantik di Korea tetapi mempunyai masalah kerana kecantikan tidak menjanjikan dirinya untuk jatuh cinta. Akhirnya, muncul gadis biasa yang mengajarnya maksud kecantikan sebenar.
Geun Suk pernah berkata, satu ketika dulu dia mahu menjadi aktor yang sukar diramal tetapi apabila mengambil watak lelaki kacak, ia bukan kejutan.
“Saya tidak mahu terikat pada karakter yang hampir sama. Sebelum ini saya pegang watak hampir sama dalam You’re Beautiful, Mary Stayed Out All Night dan Love Rain. Jadi apa bezanya dengan Pretty Man? “Ramai cakap karakter itu sesuai dengan saya dan saya juga fikir perkara sama. Namun sejak saya perlu berdepan 10 karakter berbeza, lakonan itu bukan mudah,” katanya.
Jang Geun Suk tidak kisah jika drama itu gagal dan tidak obses untuk memastikan ia berjaya. Katanya, dulu dia pernah terfikir membawa watak lebih gelap tetapi apabila membaca buku komik yang mengangkat karakter itu, dia menyahut cabarannya.
“Semakin saya menjadi popular di Asia, makin sukar untuk saya memilih. Dalam melakukan konsert dan persembahan di negara asing, saya fikir mungkin sudah dilupakan di negara sendiri. Sebab itu saya pilih Pretty Man.
“Melalui drama ini, saya dapat menukarkan perkara kontra kepada sesuatu yang baik. Geun Suk yang peminat di China dan Jepun kenali adalah sangat lantang tapi imej saya di Korea kadangkala lebih daripada biasa,” katanya.
Sumber Harian Metro