Sunday 1 December 2013

[COOL] Ustaz Azhar Idrus - Cara Luah Perasaan Kepada Wanita

Cara meluahkan perasaan kepada wanita
Satu persoalan yang timbul yang diberikan oleh hadirin. Dia bertanya kepada Ustaz Azhar Idrus, apakah cara terbaik untuk meluahkan perasaaan pada seorang perempuan yang kita sukai? Mungkin pada zaman kini, kaedah dan situasi yang ingin digunapakai agak berbeza sekali kerana kita sedikit terikat dengan adat yang diamalkan di negara ini. Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu halangan untuk kita menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk memperisterikannya.
Jawapan Ustaz Azhar Idrus :
Kita boleh berterus terang kepada perempuan tersebut, tetapi jangan dalam keadaan berkhalwat (berdua-duaan). Kita berterus terang sama-mata untuk menjadikan dia sebagai isteri kita. Mungkin boleh sampaikan dengan cara begini.
“Assalamualaikum”
“Waaalaikumusalam”
“Awak Timah?”
“Ye…”
“Saya nak jadikan awak isteri saya”
Sangat mudah dan berterus terang. Itulah yang dipanggil meluahkan perasaan, dan dibolehkan. Perkara ini dilakukan adalah kerana untuk melihat wajah si perempuan tersebut.
Ketika zaman sahabat, Seorang sahabat hendak meminang seseorang, tetapi dia tidak melihat wajahnya. Lalu nabi kata, pergilah melihat perempuan tersebut.
Cara yang terbaik, terus berjumpa dengan kedua ibu bapa perempuan tersebut dan terus menyatakan hasrat kita sebagai seorang lelaki. Setidak-tidaknya proses ini tidak mengaibkan sesiapa baik si lelaki mahupun si perempuan.

Sumber melayukini.net