Monday 13 January 2014

[BETUL KE NI] Drake Ada Hati Dengan Taylor Swift?

drake1
Selepas dilaporkan berpisah dengan anggota One Direction, Harry Styles tahun lalu, sehingga kini masih tidak kedengaran siapakah jejaka yang berjaya mengisi kekosongan di hati Taylor Swift kini.
Namun, baru-baru ini apabila seorang peminat memuat naik gambar Taylor bersama penyanyi Drake dan mengandaikan jika kedua-duanya benar-benar bercinta.
drake
Nyata, Drake menyukai gambar tersebut dan media di sana mula membuat andaian Drake sebenarnya menyimpan perasaan terhadap penyanyi country yang berusia 25 tahun itu.
Taylor sememangnya terkenal ‘menghentam’ bekas-bekas kekasihnya dalam lagu ciptaannya, kalau benarlah dia bercinta dengan Drake dan kemudian putus pula, apakah judul lagu yang akan diberikannya kepada Drake barangkali?
Sama-sama kita tunggu dan lihat!

Sumber mynewshub.my