Sunday 15 December 2013

[...] SUBHANALLAH…Mayat Pelajar Lemas ‘Muncul’ Selepas Si Ibu Berdoa…


SUBHANALLAH...Mayat Pelajar Hilang Di Laut 'Muncul' Selepas Si Ibu Berdoa...
berkat doa
Seorang meningal dan seorang lagi hilang di lautan.
Ada kisah menyayat hati yang diceritakan KJHEP kepada rakan saya.
Ayah mangsa tidak datang kerana terlalu sedih…ibu arwah hanya tiba jam 4.30 pagi.
Di hadapan saya, ibu mangsa yang tabah berdoa di iringi air mata.
” Adikk..adik. Ibu sudah sampai di sini. Baliklah adik.ibu sudah sampai. “
Tidak beberapa lama saya mendengar , pegawai JPAM dan bomba meniup wisel.
Saya bergegas berlari ke arah pantai.
Ya Allah besarnya doa seorang ibu.
Arwah yang hilang di lautan sejak tengahari semalam “balik” apabila ibunya berdoa di situ.